A true story behind the glory of looking cool with the FULL PPE, a Covid-19 sampling experience

Saya adalah seorang Pegawai Perubatan yang berdaftar penuh dengan Malaysian Medical Council, dah kerja selama almost 19 tahun, grad 2001 from UKM. Sekarang jawatan saya adalah Pensyarah Perubatan di Program Sains Forensik, Fakulti Sains Kesihatan (FSK), UKM. Tugas hakiki selain mengajar pelajar prasiswazah (undegraduate) dan pascasiswazah (postgraduate) ialah menjalankan tugas sebagai seorang doktor perubatan. Pengalaman kerja: selepas houseman (pegawai perubatan pelatih), saya telah berkhidmat di semua klinik kesihatan di Hulu Selangor, kemudian saya sambung ke Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, buat kerja admin. 2 tahun kemudian saya berhijrah ke HKL dan bekerja sebagai Pegawai Perubatan di Forensik HKL atau sekarang dikenali sebagai Institut Perubatan Forensik Negara (ya, saya dah pernah buat post mortem/ autopsi). Tahun 2007 saya bertukar ke UKM FSK sampai la sekarang, dah dapat PhD dalam bidang kimia (balistik) dari Universiti of Strathclyde Glasgow. Kesimpulan, saya pernah menguruskan pesakit yang sakit dan masih hidup serta pesakit yang telah mati dan sekarang saya berurusan pula dengan pelajar. 

Oktober 2019 MBC Dramia, Seoul (before Covid-19 pandemic)


Semasa semua negara di dunia dilanda Covid-19, saya dan seluruh Malaysians telah mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) yang dikuatkuasakan. Tapi, as a medical officer, saya rasa terpanggil untuk berkhidmat as one of the frontliners, so, pada 22/4/2020, thank you to my friend Dr Sri Pawita yang ajak saya to be one of the volunteers untuk sampling Covid-19, membantu Pejabat Kesihatan Daerah Kepong dari 22/4-30/4/2020. PKD Kepong telah ditugaskan untuk menyaring sebanyak mungkin manusia yang tinggal di sekitar Pasar Borong KL, Selayang. Kawasan perumahan di situ adalah pangsapuri yang mempunyai banyak blok, kumpulan kami (swasta dan NGO) diberikan tugas untuk menyaring blok E1 dan E2. 

Pada hari permulaan, sebelum ke tempat penyaringan (sampling or amik sampel nasopharynx atau oropharynx) Covid-19, kami diberikan taklimat di JKWP di Jalan Cenderasari, KL, pada jam 8 pagi. Kemudian dalam jam 2 petang, kami dibawa ke tempat kejadian. OTW ke EMCO (Enhance MCO or PKPD, PKP Diperketatkan), jalan memang lengang, kemudian, kelihatan barb wire/ dawai besi ceracak di tepi-tepi jalan untuk mengepung sesuatu kawasan, polis/ tentera mengawal laluan keluar masuk kawasan EMCO. Kami pergi dengan menaiki van PKD jadi tak ada masalah, boleh je lalu. OTW nak datang JKWP saya naik kereta sendiri tapi saya ada kad kerja jadi boleh lalu fast lane dekat roadblock. Tq abang-abang polis bagi saya jalan.. nak g sampling la katakan..:D.

Sesi taklimat
Lunch is provided, syukur














Tibalah masa yang ditunggu-tunggu, ke war zone, I call it a war zone because it is like a war zone. All homo sapiens yang sihat iaitu frontliners and backliners are busy doing what they are supposed to do: helping with the sampling process. Tapi idok la macam dalam filem ade bodies lying around, if yes then saya pun suke la nak buat post mortem kan..:D. Masalah berbangkit ialah: tunggu transport ke EMCO, tunggu arahan komander untuk buat kerja apa di tempat penyaringan, either sampling or registration or receive sampel or pergi dari rumah ke rumah dan ambil sampel, tunggu nak pakai PPE dan semua jenis tunggu or waiting yang ada..:D.

Abang tentera bawak M4. Pergh.. hebat.. and barb wire khas untuk EMCO

1st day 22/4/2020 at 2.30 PM, tiba di Flat Taman Sri Murni untuk sampling, kami get out from PKD Kepong van and those yang beratur are the residents yang akan disaring..


2nd day, 23/4/2020 at 2.00 PM, pihak Bomba, JBPM memang best, kami ditumpangkan ke Flat Taman Sri Murni untuk tugas penyaringan

3rd day, (1st Ramadhan) 24/4/2020 at 12.30 PM, kami menunggu dengan penuh kesabaran untuk memakai FULL PPE sebelum proses penyaringan. Suhu adalah lebih kurang more than 30°C





Selepas sampai di tempat penyaringan, ada komander (seorang doktor perubatan) akan beri arahan. Ade petugas yang akan jaga kaunter pendaftaran, ada yang akan buat penyaringan, ada yang akan terima sampel and pass sampel ke green zone untuk diletakkan ke dalam biohazard plastik. Kaunter pendaftaran biasanya akan diberikan kepada MA or Penolong Pegawai Perubatan, nurses atau dental support staff. Mereka akan mendaftarkan resident flat dan pastikan identiti resident adalah betul. Yang paling penting ialah nombor sampel (ditulis dengan tangan). Setiap resident yang akan disaring akan diberikan borang yang ada identifikasi resident, sticker barcode untuk dilekatkan di botol sampel (ada info ID resident: nama, no passport or IC, sample date, sample number) dan plastik biohazard. Semua resident mesti ada kad pengenalan atau passport. Staff di kaunter pendaftaran akan pakai: 3-PLY MASK, FACE SHIELD, BLUE GOWN, GLOVE, PLASTIC APRON. Contoh seperti di bawah. 


Staff untuk kaunter pendaftaran: PPE yang bergown biru, yang putih tu FULL PPE

Selepas pendaftaran, resident akan masuk dirty area iaitu tempat penyaringan. Seperti gambar di bawah, FULL PPE adalah gown warna putih, namanya Tyvek Suit. Bila pakai full PPE, meaning, N95 MASK, SURGICAL HAIR COVER, BOOT COVER, 1ST LAYER GLOVE, Tyvek SUIT, APRON, 2ND LAYER GLOVE AND FACE SHIELD. Cara nak donning dan doffing PPE sila lihat SINI. Tyvek suit kalis air, bila disarungkan, like sarungkan plastik ke badan, ventilasi minimal atau tidak ada langsung, basically memang sweating like mandi, as in mandi, taking a shower, eh tak, shower air mengalir, so like taking a bath, cuma bath best sebab berendam, this is berendam in sweat... hmm.. kami semua bekerja di bawah khemah, yang ada kipas yang berpusing tapi tak rasa sejuk, dan masa penyaringan adalah dari 2 PM ke 5 PM, ikut bilangan resident habis. Resident bukannya macam pesakit kat klinik, depa tunggu doktor, ni kita yang tunggu depa. SO, bayangkan, menanti di bawah khemah yang suhu dalam 33°C OR MORE DAN pakai Tyvek suit dan mask dan face shield dan head cover. Sungguh... panas.... face shield tu, getah sangkut kat blakang kepala, lama2 pakai memang terasa sakit juga kepala dan yang pakai glasses biasanya akan lagi sengsara, foggy glasses, tak nampak nk buat kerja..oh, add on, puasa time.. panas terik and dahaga. Lapar tak pe, thirsty tu...sabar..posa..

Dirty zone khas untuk sampling/ penyaringan resident for Covid-19. Satu meja ade 4 orang, all work in pairs

Masa diambil untuk pakai FULL PPE, lebih kurang 15 minit, if tak ramai orang, sebab nak kongsi hand sanitiser beramai2, lepas dah pakai full PPE, bergerak masuk ke dirty zone. Atas meja ada botol untuk isi swab, steril swab, alcohol swab, hand sanitiser, getah, plastik kecik untuk letak botol yang dah diisi dengan swab, parafilm untuk balut botol so tak tumpah cecair merah tu dan gunting.

Botol virus transport media contains cecair berwarna merah tu

Biasa staff yang bekerja di zon ini ialah medical doctor, dentist, dental technician, MA, nurses dan all yang confident untuk ambil swab supaya keputusan yang false negatif atau false positif tidak diperolehi. Kami work in pairs: saya call them swabber dan receiver. Resident datang ke meja dan duduk atas kerusi. Borang identifikasi dan sticker barcode with sampel number akan diberi kepada pengambil swab (swabber). Receiver ambil 2 sticker, 1 sticker untuk dilekatkan pada botol dan 1 lagi untuk plastik biohazard. Swabber akan ambil swab dari resident (paling dekat dengan resident dan ada risiko resident sneeze or batuk or muntah semasa sampel diambil). Swab itu akan dimasukkan ke dalam botol dan receiver akan gunting batang plastik swab supaya ngam2 masuk dalam botol. Receiver akan tutup botol, seal dengan parafilm, sanitise plastik kecil dengan alcohol, masukkan botol dalam plastik dan ikat dengan getah. Sangat penting untuk dipastikan swab yang diambil adalah dari kawasan nasopharynx dan bukannya hidung. Cara nak ambil swab boleh tengok di SINI. Kemudian, botol berlabel dalam plastik yang telah diikat akan diserahkan kepada staff di green zone untuk dimasukkan ke dalam another plastik biohazard dan 2nd sticker dilekatkan to this biohazard plastic. Selepas setiap kali swab resident, all hands kene sanitise. Receiver kene buat all listed above with that 2 layer gloves, bayangkan. PANAS dengan PPE dan kene handle that biohazard possible Covid-19 positive samples. Setakat kami buat sampling, ada 10 kes positif Covid-19. May Allah protect us all from this virus, Amin. 

Itu belum termasuk halangan: tunggu resident turun bawah dan beratur, ade resident adult yang payah nak diambil swab, siap tolak tangan lagi, ada babies, children, orang tua dan masalah bahasa. Well, been there done that. Selepas diambil swab, resident akan ke kaunter terakhir untuk home quarantine. Borang akan diambil dan resident boleh balik ke unit masing-masing. 

Staf kaunter home quarantine


Cerita memang tak sama dengan pengalaman di sana. Apa yang penting, kami happy dengan kerja kami walaupun tidak dibayar, dapat makanan dan minuman tapi saya tak makan or minum di situ dan ada risiko untuk dapat that virus, hopefully not. Oh lagi satu, PPE lepas pakai kene doffing or tanggalkan. Nak donning ada sequent, nak doffing ada sequent. Nak donning bratur, nak doffing bratur. Whatever it is, pengalaman yang berbeza from berurusan dengan orang sakit yang hidup, orang sakit yang dah mati dan pelajar yang hidup dan banyak permintaan. Saya, kami suka kerja kami. Oleh itu... #staysafe #stayathome 


WE CAN WIN THIS WAR! STAY STRONG FRONTLINERS AND ALL MALAYSIANS! KITA BOLEH!
Saya yang comel #DrLindaComel 린다 愛してる

Partner in crime, MA/ PPP Nazirul Mubin yang buat kerja laju, power

NGO's friends MA and nurses and IK
SN Nurul Nadhilah
SN Nurul Nadhilah
SN Awiz (left) and Dr Say
Getting ready nak bukak bisness...:D
Me and Dr Sri Pawita

Best team ever!!! Dr Chee, Dr Sri, Dr Linda (ME), Dr Yong, Dr Isha, Dr Chong, Dr Prenav, PPP Nazirul, IK Nathasha, SN Farah, SN Hafika, SN Noor Suhada, SN Anna Kon, SN Nadhilah, SN Khalijah, SN Jiali, PPP Aimi, SN Amirul, SN Awiz (not all in this gambar, just mentioning their great names)


More gambar and video
















Abang2 Polis yang gagah berani with IK Natasha (she's d only lady here)
SN Khalijah
SN Khalijah

Abang Polis with IK Natasha




SALUTE TO US ALL!!!


From my 2nd son, Amirul Zafrei Reizaal, tq son






































Comments