Kos nak belajar di MRSM IGCSE mahal? Betui ka?
Anak saya tahun 2018 dapat masuk Tingkatan 1, MRSM IGCSE. Jadi, untuk semua parents yang berhajat nak masukkan anak ke MRSM, soalan pertama kene jawab ialah: parents or anak yang beriya nak masuk MRSM? Biasanya parents yang nak masuk sebab either alumni or MRSM adalah antara sekolah jenis berasrama penuh yang menjamin education yang cemerlang untuk all children yang join, InsyaAllah. MRSM ade 9 aliran yer, sila study aliran apa yang sesuai dengan ANAK, bukan sebab PARENTS yang nak.
So...first step, always alert yer for any info berkaitan kemasukan baru ke Tingkatan 1 or 4, iklan from website mara je yer, kat SINI
Biasanya ade kat bahagian pengumuman, sila register di website (guna number giliran UPSR or PT3), jawab soalan online, tunggu keputusan untuk sit for written exam and interview, and finally pengumuman samada berjaya atau tidak. Jika tak berjaya, ni step yang saya buat, coz anak saya 2nd intake.
Untuk tahun 2018, tawaran ke MRSM dan SBP tak diselaraskan, meaning ade children yang bernasib baik dapat both tawaran from MRSM dan SBP at the same time. Mana yang kurang bernasib baik, walaupun result 6A (UPSR) dan aktif dalam sukan, still kene wait in line. Untuk tahun ini juga, bilangan pelajar baru yang mendaftar untuk MRSM 1st intake (Tingkatan 1), well basically, less than bilangan tempat yang ditawarkan, hence masih ade peluang lagi untuk 2nd, 3rd intake dan seterusnya.
Apa yang saya buat setelah FAIL 1st intake, saya buat surat rayuan secara BERTULIS dan hantar sendiri ke PEJABAT MARA di KL, BY HAND. Surat tersebut tidak perlu diberi/ tidak perlu jumpa face to face pegawai yang bertanggung jawab memilih anak2 kita, memadai dengan surat yang benar2 ikhlas dan dibuktikan dengan sijil2 yang berkenaan WHY OUR CHILDREN SHOULD BE ACCEPTED AS MRSM STUDENTS. Apa yang saya buat seterusnya ialah keep on praying. Saya tak guna orang dalam or saluran tertentu untuk permohonan ke MRSM. Saya ade join group parents for rayuan MRSM dan alert dengan website MARA.
Seterusnya, hari yang indah tiba, anak saya diterima masuk ke MRSM. Saya dapat sms notifikasi tepat jam 12.01 tgh malam, terus bukak link and accept tawaran sebab excited. Parents yang biasanya lebih excited, as usual. Alhamdulillah, syukur. Jadi, akan dapat list of forms yang perlu diisi bila tawaran da diterima.
Cam ni la paparan kalu dapat. Sila print surat tawaran, buku panduan nak print bleh, tanak tak pe, saya print jek pastu bleh recycle..:D, and borang pendaftaran tu ade all forms yang kene isi from A to Z (jenuh).
Check List untuk borang Pendaftaran. All borang kene isi lengkap yer, letak gambar and tulis dengan tulisan yang cantik. Sign (parents and anak kita yang nak masuk MRSM) and ade yang kene sahkan oleh JK Kampung/Pegawai Kumpulan A. Lepas tu ade lagi check list.
Check list lagi
All documents saya dapatkan sign untuk 'certified true copy'. Untuk bahagian pemeriksaan kesihatan, ade bahagian ni:
Masa hari pendaftaran, ramai pelajar yang bawa filem x-ray tetapi selepas pendaftaran, filem tersebut tidak diambil oleh pihak MRSM. Bagi pelajar yang buat medical check up di Klinik Kesihatan kerajaan, filem tersebut adalah free. Saya buat di hospital, so saya kene pay if saya nak bawak klua film tersebut from hospital. Luckily saya tak pay, coz only doctors jek yang read film x-ray and bagi written report, not everyone boleh buat. Hence, saya tak bawak film. Kita perlu check air kencing sahaja (bukan cek dadah dalam air kencing yer), UFEME (nnti Klinik Kesihatan tau mende ni, dun worry).
Persediaan nak masuk MRSM, meaning uniforms and all listed dalam buku panduan. Di sini saya share uniform price yang saya beli kat kedai famous di Kajang, Ali Store.
Kalu nk lagi save, sila beli kain and jahit sendiri. Ni untuk lelaki yer. Perempuan ade lebih skit sebab ade tudung. Ni list lengkap, sila BACA.
Sebelum register, kene bayar yang ni yer: RM333.30 di MARA KL or JOM PAY or online. Ada arahan dalam buku panduan. Sila BACA.
Majalah Maktab actually RM25 and Badan Wakil Pelajar (BWP) total RM 14, coz ade tambahan, cer tgk kat list dibawah.
And jangan lupa kene pay RM60 monthly, duit makan anak2 aka Yuran Caruman.
On
the day of pendaftaran, ade lagi bayaran, sila bawa CASH yang
berpatutan. Saya ari tu standby RM500. List untuk dibayar semasa
pendaftaran.
Tambahan majalah maktab and BWP, tak pe la bayo extra, kan.........
Ada lagi yer bayaran..... Tambang bas untuk solat Jumaat.
Saya
ade call MRSM, ask about ATM machine, so saya bukak akaun untuk anak
saya, dia bleh withdraw from ATM machine yang memang ade kat depan MRSM.
Nak bg duit kat cikgu homeroom pun bleh, tak yah bagi banyak2 duit
belanja, depa makan 5 kali sehari, cukup InsyaAllah. Tapikan, my son said, kekadang boys tak cukup food, especially if lambat mai kat dewan selera, hence, depa slalu lapau. Sian.....
Jadi, bersediakan anda nak masuk ke MRSM? Eh salah, nak masukkan anak ke MRSM, parents memang eager, saya dulu Alumni MRSM Taiping..:D.
Semoga
dengan perkongsian ini, sama2 kita sharing is caring...selamat belajar
parents and anak2.....Semoga berjaya dengan cemerlang dalam hidup di
dunia and akhirat...
2018 Update untuk bayaran Form 2
Saya share info pembayaran yuran untuk Tingkatan 2 dan seterusnya bagi MRSM IGCSE dan termasuk yuran Check Point IGCSE untuk Tingkatan 2 sebanyak RM 405 (yuran Check Point sahaja). Bayaran yang lain boleh kira sendiri yer...
RM 291 + RM 100 + RM 115 + RM 775 + RM 405 = RM 1686
2018 Update untuk bayaran Form 2
Saya share info pembayaran yuran untuk Tingkatan 2 dan seterusnya bagi MRSM IGCSE dan termasuk yuran Check Point IGCSE untuk Tingkatan 2 sebanyak RM 405 (yuran Check Point sahaja). Bayaran yang lain boleh kira sendiri yer...
RM 291 + RM 100 + RM 115 + RM 775 + RM 405 = RM 1686
Jadi, boleh kira sendiri yer brape RM kene bayar untuk Tingkatan 2 dan seterusnya, then Tingkatan 4 ade lagi exam IGCSE yang paling mahai tu, sila bersedia... mind, body and soul.
Selamat bekerja...:D
24/12/2019 Update bayaran yang perlu untuk Form 3!!!
Berikut disertakan info untuk Form 3 MRSM IGCSE
Untuk tahun ini, wang caruman akan dikira mengikut pendapatan keluarga dan akan dibayar apabila borang maklumat diri pelajar sudah diisi. Meaning, lagi banyak pendapatan parents, and tanggungan tak ramai hence banyak la bayar wang caruman. Brape banyak nk kene bayar nnti saya akan update, after dapat surat mintak bayaran lagi. So stay tune.
Total kene pay for Form 3 untuk 2019:
RM 111 + RM 100 + RM 239 + RM 100 = RM 550
belum termasuk buku-buku untuk PT3 nnti, yang tu beli kat maktab pada hari mendaftar.
So.. selamat membayar all parents, sila belanja berhemah.
Terima kasih atas maklumatnya....
ReplyDeleteyou're welcome
Delete