Keputusan peperiksaan MRSM IGCSE - apa sebenarnya yang anda perlu tahu

Anak saya masuk MRSM IGCSE tahun 2018, Form 1. MRSM aliran IGCSE ni kene enroll from Tingkatan 1 till Tingkatan 5, meaning Tingkatan 4 tak bleh tetiba nak join mrsm aliran ni. Sekiranya da dapat mrsm ini, then nk tukar mrsm, hanya boleh tukar mrsm yang menawarkan IGCSE SAHAJA. Contoh: dapat MRSM KKB, nk tukar mrsm, bleh tukar with MRSM Alor Gajah, MRSM Baling, MRSM Batu Pahat, MRSM JB, MRSM Kuala Klawang, MRSM Kubang Pasu, MRSM Parit, MRSM Serting, MRSM Tumpat, MRSM Kuantan, MRSM Langkawi, MRSM Tun Abdul Razak, MRSM Tun Mustapha atau MRSM Kuching SAHAJA. MRSM lain tak boleh. Or second choice, tolak tawaran or quit MRSM (please don't, sila kuatkan semangat and blaja di MRSM, bestest!)

Masa Form 1, my son called it Honeymoon, sebab exam final yang betul2 final (ie markah dikira and uploaded online) was only during final, errr meaning hujung tahun, Grand Finale, coz MRSM style, ade exam lain2 sepanjang semester, kuiz, ujian bulanan, assignment, ujian topikal, kerja kursus. Macam kat universiti. Masa final exam, usually dalam bulan Oktober-November, then that's the final exam, meaning kene pulun habis-habisan. 

Bila da exam, students akan happy balik rumah and parents pun happy g holiday ngan anak2. Tetiba tak happy and gundah gulana bila cikgu Homeroom announce kat group Whatsapp, result exam anak da ade, sila tgk online. Kat SBP tak sure ade or not sistem Homeroom, kat universiti ade sistem mentor-mentee so function homeroom sama macam mentor-mentee, ade seorang cikgu akan jaga 1 homeroom and taking care of our children boys and girls, cikgu-cikgu ini berfungsi like foster parents to our children. Best kan? I like... MRSM...

Berbalik ke result exam. Saya sertakan contoh result exam anak saya...



Result untuk exam, macam ni la dapat. Sila disable pop-up blocker sebab bila klik kat result, new window akan open. If notis, ade 2 jenis gred. Gred yang first tu, gred PNG. Yang ini adalah markah final exam + ujian bulanan + kuiz + assignment, macam sistem pengiraan gred di universiti, exam final 40%, assignment or penilaian berterusan 60%. Lagi 1 gred is PT3 gred, yang ni solely based on student's final exam. Jadi... if dapat PNG more than 3.5, dapat Penghormatan Pengetua. Perasan tak TPNG? Yang ni akan dikira berterusan from semester ke semester, meaning if nk maintain more than 3.5 TPNG, PNG setiap semester must be more than 3.5... basically, blaja la secara smart... cara nak kira PNG kene buat blog/post lain sebab ade pengiraan tertentu...:D

Next persoalan: MENGULANG PEPERIKSAAN. Err... yang ni meaning kene resit exam, meaning cuti sekolah kene study coz dalam minggu ke 3 or 4 after semester baru open, kene mengulang semula paper yang tak berapa cantik result. Kriteria untuk mengulang peperiksaan:

1. Mendapat GRED F atau
2. Mendapat GRED D atau E (jika PNG kurang dari 2.00) atau
3. Mendapat GRED Tidak Selesai (TS) sebab Cuti Kecemasan or Cuti Dengan Kebenaran

Markah peperiksaan ulangan diambil kira 100%. Gred yang tertinggi student bleh achieve is B (kecuali if gred TS). Gred asal akan dikekalkan if gred periksa ulangan lebih rendah. 

So... da dapat jawapan kan? Jadi, marilah kita bersama2 belajar dengan anak2 kita... Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul...

Comments